Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Alhamdulillah kita sudah pun berada di tahun baru. Rasanya dah lama tak menulis and hupdate blog ni. I'm busy like a bee chewahhh takder la busy sangat pun...busy pindah rumah dan setiap minggu dalam bulan disember ni ada ja aktiviti family.

We're now living at Aman Perdana and we have moved in a month ago. Kabinet dapur seperti yang didamkan, lampu-lampu, kipas, grill, plaster siling semua sudah siap dipasang. Masalah-masalah sepanjang nak siapkan projek rumah ni pun alhamdulillah berjaya diatasi. Pendek cerita win win situation la. 

Kalau ada masa nanti ceq letak la gambaq dapuq yang ceq duk mengkenan tu nanti hehehe.....just takdak peti ais idaman saja lagi haha. Blum beli. Tunggu budget lain. Hidup ini kena bersabar takleh nak zasss semua :)

Tetapi apa apa pun ku panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas apa yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga.

Perkara yang nak sangat aku lakukan perubahan dalam hidup ini ialah solat di awal waktu terutama waktu isyak. Selalu ja teman Hana then tertido lepas tu tengah malam baru nak bangun dalam kepayahan ish ish....berubahla wahai Husna Mahirah. Tidak bersyukurkah lagi apa yang telah Dia kurniakan kepada kehidupanmu?

Seperkara lagi, aku nak kerja rajin-rajin dan want to do my best sebagai seorang guru. Nak cantikkan lagi kelas aku, buat failing failing yang duk tertangguh tu dan bagi kerja sekolah banyak-banyak kepada anak-anak muridku hahaha. Seriously, aku sangat suka bidang pendidikan dan menjadi seorang guru. This is my cup of tea. Mungkin background aku pun daripada dunia perguruan. Bapa saya adalah inspirasi dan mentor saya. Saya mahu jadi seperti beliau.

Owh ya next year aku jadi cikgu disiplin di bawah unit HEM. Siapla wahai anak-anak murid hihihi....dan sekali lagi menjadi ketua rumah sukan tapi kali ni rumah kuning. Tahun lepas rumah biru. Melihat skop kerja pada mesyuarat guru baru-baru ini, saya juga dilantik untuk mengemudi sebagai timbalan projek majlis anugerah cemerlang sekolah 2012 nanti. It's ok mahirah, busy itu bagus!