Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Home Decor

Assalammualaikum WBT......

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Tetiba semangat untuk menulis telah kembali semula hehe.. sekarang ni minat saya sangatlah kepada hiasan rumah. Antara buku atau majalah yang menjadi pilihan saya dalam menghias rumah ni seperti Homes & Gardens, Glam deko dan Impiana.


 

   

 

Konsep pilihan saya dalam menghias rumah ni lebih kepada modern english interior design. Suami pula lebih suka memilih konsep urban tapi maaflah dia terpaksa mengikut pilihan saya dalam menghias rumah kami ni hehehe......and he's fine dengan pilihan saya :)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Alhamdulillah kita sudah pun berada di tahun baru. Rasanya dah lama tak menulis and hupdate blog ni. I'm busy like a bee chewahhh takder la busy sangat pun...busy pindah rumah dan setiap minggu dalam bulan disember ni ada ja aktiviti family.

We're now living at Aman Perdana and we have moved in a month ago. Kabinet dapur seperti yang didamkan, lampu-lampu, kipas, grill, plaster siling semua sudah siap dipasang. Masalah-masalah sepanjang nak siapkan projek rumah ni pun alhamdulillah berjaya diatasi. Pendek cerita win win situation la. 

Kalau ada masa nanti ceq letak la gambaq dapuq yang ceq duk mengkenan tu nanti hehehe.....just takdak peti ais idaman saja lagi haha. Blum beli. Tunggu budget lain. Hidup ini kena bersabar takleh nak zasss semua :)

Tetapi apa apa pun ku panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas apa yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga.

Perkara yang nak sangat aku lakukan perubahan dalam hidup ini ialah solat di awal waktu terutama waktu isyak. Selalu ja teman Hana then tertido lepas tu tengah malam baru nak bangun dalam kepayahan ish ish....berubahla wahai Husna Mahirah. Tidak bersyukurkah lagi apa yang telah Dia kurniakan kepada kehidupanmu?

Seperkara lagi, aku nak kerja rajin-rajin dan want to do my best sebagai seorang guru. Nak cantikkan lagi kelas aku, buat failing failing yang duk tertangguh tu dan bagi kerja sekolah banyak-banyak kepada anak-anak muridku hahaha. Seriously, aku sangat suka bidang pendidikan dan menjadi seorang guru. This is my cup of tea. Mungkin background aku pun daripada dunia perguruan. Bapa saya adalah inspirasi dan mentor saya. Saya mahu jadi seperti beliau.

Owh ya next year aku jadi cikgu disiplin di bawah unit HEM. Siapla wahai anak-anak murid hihihi....dan sekali lagi menjadi ketua rumah sukan tapi kali ni rumah kuning. Tahun lepas rumah biru. Melihat skop kerja pada mesyuarat guru baru-baru ini, saya juga dilantik untuk mengemudi sebagai timbalan projek majlis anugerah cemerlang sekolah 2012 nanti. It's ok mahirah, busy itu bagus!


Thursday, November 3, 2011

Renovation 1: Plaster Ceiling

Salam.

Hari ini nak cerita tentang progress rumah baru terutama bab plaster ceiling ni. Haishhh...macam-macam hal lah dengan kontraktor ni. Gerammm jer rasa....

Okei kisahnya macam ni, setelah rundingan, perbincangan bla bla dilakukan, kedua-dua pihak pun berpuas hati dengan quotation dan beberapa hal lain. Tuan rumah pun memberi sepenuh kepercayaan kepada kontraktor terbabit untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah iaitu wiring + plaster ceiling + pemasangan lampu downlight. Itu cerita bab 3 minggu yang lepas.

Seminggu yang lalu aku pun pulanglah bercuti sekolah ke negeri Perlis dengan harapan selepas pulang semula dari cuti, kerja-kerja plaster siling pun insya-Allah siap. Itupun setelah diberi janji-janji manis oleh kontraktor. 

Sepanjang kat Perlis tu, i was always keep calling mr.T nak tahu macam mana progress rumah. Alhamdulillah, weekend dia pergi semuanya berjalan dengan lancar. Kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dilakukan dan mr.T pun ada MMS the pictures. Okei itu cerita bab minggu tu. Nak tengok gambar tak? Jap nak tepek kat bawah ni.....

Plaster ceiling sedang dipasang kat hall rumah

Ni plak kat entrance

Sebaik saja aku pulang bercuti di kampung halaman, tak sabar uolls nak pergi jenguk rumah. Teruja okeis....then DANGG....ada masalah bukan masalah teknikal lagi dah....

Ok kontraktor bagitau kepada kami yang plaster siling dah siap.



Macam ni dia cakap siap?

Mana lampu downlightku??? Takkan macam ni jer kot dah siap....plaster ceiling ni tak cat semula bagi cantik ker? duk nampak lagi ja bekas garis guna pensil tuuu......

LED lampuku pun takdak.....

Rupanya ada extra or hidden chargeeeeee ok!

Silapnya kami, payment dah bagi 95%....anak kontraktor tu cakap plaster siling ni dah siap. Kalau nak cat semula dan pasang lampu downlight, charge lain akan dikenakan.....

Mak aihh.....dah bayar mahal-mahal......ko sengaja nak 'ketuk' lagi erk....

Hari tu cakap lain, hari ni cakap lain. Semua sekali termasuk dengan pemasangan lampu bla bla dengan sebut harga tersebut. Mulut manisss jer erk nak duit aku huh! Pandai ko apek nak 'ketuk' gua....ko tinggal camtu, ko suruh kitaorang tambah lagi duit....ini sudah kasi gua naik hanginnnnnn satu badan......

Tak tunggu lama, time-time tu jugak mr.T call and cakap baik-baik dengan uncle tu. Tanya  semula aper citer nih!

Aku rasa mau kalau cakap dengan aku dah memang boleh gaduh kottt......gerammmm jer.....

Then, ye....uncle tu cakap kalau mau dia cat itu plaster ceiling aaaa mau kena tambah lagi luit.....pergghhhhh.......kepale lutut ko!

Tak perlu la ku sebut berapa quotation tu tapi memang fusfusfus la kami bayar....

Sebelum-sebelum ni ada jugak kontraktor lain datang and bagi lagi murah tapi sebab kami percaya uncle tu dan percaya kerja dia, tu yang setuju. Haihh silap kami jugak kot tak tanya betul-betul. Aku set mind, surela plaster siling tu termasuk dengan bercat sekali....idok la penoh aku dengar orang buat plaster siling tak bercat!

Eh eh ada hidden-hidden charge pulakkkk die.......

Stressssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Aku dah malas dah nak cakap dengan uncle tu kang jadik cerita lain.....aku ni kalau dah rasa kena tipu memang tak bleh nak buat plastik lagi. Balik daripada rumah baru tu, kami terus pergi ke kedai plaster siling. And surpriseeee......kami boleh dapat harga lebih rendah and of course plaster ceiling tu mestilah bercat sekali.

2-3 hari ni mr.T la yang banyak deal balik...bincang elok-elok...tanya uncle tu kenapa tak bagitau awal-awal dengan kami sebelum ni yang itu harga untuk plaster siling bukan plaster siling bersama cat....hari tu buat quotation macam mana....hurmmmm..........

Aku cakap kat mr.T kalau kontraktor tu tak nak buat semua tu, kita tahan payment dia lagi 5%....kena main kasar balik ni!

Hari ini, Alhamdulillah...mr.T call aku bagitau, uncle tu dah setuju untuk cat plaster siling.....bab lampu aku taktau lak camner citer....takperla sekurang-kurangnya doa aku telah didengari oleh-Nya.

P/S: Nasihat saya kepada pemilik-pemilik atau tuan-tuan rumah baru ni kalau boleh sebelum nak hire orang buat plaster siling ni lebih baik pergi ke kedai-kedai plaster siling and deal dengan beberapa kedai plaster ceiling ni daripada ambil kontraktor yang dok lalu-lalang depan umah baru kita, dok promote itu ini....Nasihat ni pun aku dapat daripada tuan kedai plaster sendiri sebab kalau kedai, diorang takleh lari mana...kalau kontraktor...buat lari duit and tutup phone...tak ke naya.....Mungkin bukan semua kontraktor begitu tapi sebagai langkah berjaga-jaga, apa salahnya kan.

Thursday, October 6, 2011

Rumah baru dah siap. Kunci rumah pun dah ambik. Sekarang fening pikir pasal plaster ceiling. Kalau boleh taknak hire professional contractor segala bagai ni sebab mesti cost tinggi....Nak buat biasa biasa aje. Cadang tingkat atas nak pasang lantai kayu. Lantai bawah nak ketuk semula pasang tile lebih besar or marble....tapi mr.T and bapak aku cakap....cantikkkk dahh......huhu depa taknak bagi aku tukaq ler tuww.....

Lately suka spent salary money untuk majalah deko ni....paling suka Glam Deko (actually baru terjebak selepas baca entry Rizalman post yang rumah dia kuar Glam Deko) dan Homes&Gardens .....suka ja tengok omputeh deko rumah dia....cantik, i loikee

Belum apa-apa lagi aku dah pi booking sofa baru kat Empire Classic Furniture di Shah Alam hehehe.....mr.T kata aku taste orang tua-tua :p .....cadang sofa tu untuk formal living room....haishh chandelier lagi baru nak pi cari kat Puchong...kat situ banyak kedai lampu...harap-harap dapat yang harga ok.

Weekend ni nak jumpa orang SCI cabinet industry....nak bincang hal kabinet dapuq huhu dapat recommended daripada kawan kat sekolah...rumah baru diorang buat kat SCI ni....ingat nak buat kitchen cabinet dan build in cardboard sekali.

Mr.T dah tak sabaq nak pindah rumah baru.....kalah aku....Hari tu sebelum dapat kunci rumah, aku ajak dia pi jalan-jalan cari ilham...dia kata sabaq....tunggu sampai dapat kunci rumah dulu...la ni terbalik plak boleh?

Suka dapur style classic, warna putih dan table top warna hitam. Macam gambar ni. 


dan suka juga build in oven dan microwave di kabinet dapur tapi tak la sampai 4 macam gambar di bawah ni :) 

Owh dah pi survey curtain kat Masterhome....Cantik kain Ottoman dia dan paling besttt tengah ada sale sekarang. Ingat nak buat style curtain kat dapur macam dalam gambar ni. Dah bertanya di Masterhome, The Strand Kota Damansara, diorang boleh buatkan... double I loikee hehee



Suka headboard untuk katil macam ni. 


Nak tepek gambar dalam rumah ada dalam phone plak. Seriously, memang dah tak sabar nak pindah rumah baru tapi tak nak rush. Buat satu per satu dulu. Banyak idea dalam kepala ni. Cadangan mr.T banyak gak aku reject...ciann dia....ni pun rumah dia gak hahaha....haip babap mahirah ni kang...Tapi banyak perkara kami dah bincang dan setuju bersama jugak. Kena buat budget betul-betul. Taknak over run. Bukan orang kaya pun...heeee

Okei berjumpa di lain entry. 

Wednesday, May 11, 2011

Home Sweet Home

Actually, aku dah tak sabar sangat nak masuk rumah baru! Rumah yang lebih selesa untuk kami berteduh dan rumah yang lebih selesa untuk menerima tetamu selepas ni. Alhamdulillah rumah baru kami dah siap cuma tunggu CF sahaja. Rumah baru kami ni berdekatan dengan Setia Alam dan Sime Darby Bukit Raja. 


 Ni show house. Aku ambik gambar ni last year. Time ni blum siap lagi. Hana pun belum conceive lagi ekeke

Rumah aku nanti pun macam show house ni....rumah aku berkembar dengan corner lot. 


Aku dan tahawi memang duk cari rumah start last year. Kami jumpa rumah ni masa kami pergi One Utama dan Mah Sing (the developer) time tu tengah buat house units sell. Rumah ni pun dah tinggal 3 unit jer lagi. Rumah yang lain-lain ialah banglo dan jutaaaann saja. Orang macam aku ni sekadar mampu melihat pamphlet sahajalah rumah-rumah banglo tu hahaha....Setelah selesai sesi perbincangan dengan cik agent tu ternyata kami sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh cik agent itu tadi. 

Keesokan tu, aku dan tahawi pergi tengok show house rumah ni di Aman Perdana. Aku terus jatuh cinta. Aku memang suka habis lah dengan design rumah ni, keluasan dan tidak ketinggalan colour cat rumah ni....green apple gituu hahhaa. But, the most importants are masa kami decided nak beli rumah ni tentulah sebab rumah ni double story semi-D dan keluasannya 32x70, build up area yang 2200 lebih sq ft dengan price rumah yang sangat berpatutan. Mana nak cari lagi rumah yang macam ni dengan harga yang kami dapat ni di KL and area Selangor yang tengah duk membangun. Memang terbaekkk walaupun bakal kopak duit Tahawi tiap-tiap bulan hahahaha..........Takperla, rumah kan aset (cuba menyedapkan hati). Kalau boleh serta ada rezeki lebih, aku memang bercita-cita nak rumah semi-D sebab boleh anak-anak aku nanti main badminton kat tepi tu takpun senang nak buat BBQ dengan family, sedara mara or kawan-kawan aku hehehee.....

Alhamdulillah, rumah itu telah menjadi milik kami dan rumah ni dah pun siap masa aku pergi last month.

Mak aku orang yang paling teruja tengok rumah anak dia dah siap......hahaha