Friday, May 20, 2011

2 days and 1 night at Genting Highlands

Last Saturday, my good friend and I went on holiday in Genting Highlands. After some planning done, we agreed to choose to go to Genting Highlands. Kalau ikut perancangan awal, kami plan nak pergi Pulau Tioman tapi sebab masa yang dah terhad so pergi Genting Highlands jer. Kawan baik aku ni works as an engineer kat TNB so dia booked 2 apartments kat Genting View Resort ni, dapat la staff price kan. Save duit aku same ha ha ha.....

Ni on de way pergi Genting View Resort. first time jugak aku pergi Genting dengan kereta :)

Ok dah hampir 5 tahun aku tak pergi Genting ni selepas pergi dengan kawan-kawan sewaktu zaman muda belia di uni dulu. From KL to Genting ni just take one hour only dan kami sampai sana pun dah hampir pukul 5.30pm. Mujur kawan baik aku tu tak ngamuk sebab aku dah lambat hahaha....yer la....sebelum nak pergi bercuti, kena la pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Barulah dapat bercuti dengan hati yang tenang. Nanti nak balik dari genting dah la hari Ahad, sure tak sempat aku nak ngemas rumah punyer. Okey itu bukan bermakna aku seorang surirumah yang rajin kemas rumah -__________- 

Selepas solat asar, kami naik ke Genting dengan sebuah kereta. Naik dengan kereta Adah sebab kereta dia lebih mahal daripada kereta aku bermaksud enjin lebih power nak naik dan pusing-pusing bukit itu sume hahahah...okey tak lawak. Aku tau aku memang failed bab kereta! Malam tu kami main indoor game jer. Sebab aku terlampau tamak nak main sampai dua games, aku bayar RM32.00. Satu game RM8.00 for 1 pax. Kekdahnyer, aku main satu indoor game jer sebab aku terlupe, aku bercuti bersama baby...hehee.....Adah jugak yang bijak (my friend), dia beli satu game jer sebab dia tak jakun eh tamak macam aku :P

Ayah's darling


The Apartment. Nice and very clean.

We're spend just one night at this apartment. Tapi, malam tu aku terdengar bunyi yang tidak berapa enak. Aku tanya suami aku bunyi apa....dia cakap, mungkin orang atas alih-alih perabot kot. Haa?? pukul 2.00 - 3.00 pagi duk tolak-tolak ape sampai bunyi bising......Positive thinking mahirah! Tapi tetap errr......Okey, aku baca ayat kursi banyak-banyak dan letak Hana tidur antara kami. Then....zzzz......tapi aku still penakut takut.....

Keesokkan hari kami naik ke Genting sekali lagi sebab nak main outdoor games plak. Kali ni kami naik dengan cable car. kami park kereta kat Hotel Seri Malaysia dan dari situ dah boleh naik cable car ni dan kat situla centre nye jugak. Tiket pergi balik RM10.00 untuk seorang. Selepas agenda beli tiket pun selesai, agenda nak beratur naik cable car pulak. Ya Allah, ramainyeee orang. Tapi rata-rata ialah pelancong asing...Pak Arab paling ramai...Tahun Melawat Malaysia kot ekekeke . Almost one hour jugak la aku duk beratur tunggu giliran tu....Okey habis bab cerita naik cable car.

Sampai-sampai jer terus pergi makan sebab aku dah lapar sangat so pergi makan kat Burger King. Tengah duk makan tu, hujan la plak. Jawabnye takleh la nak main lagi sebab outdoor games ni akan direhatkan kejap. Pukul 3.00 pm macam tu yeiii dah boleh main. Alhamdulillah cuaca pun ok dan tak hujan lagi. So, aktiviti seterusnya ambik gambar, jalan-jalan, jalan lagi, naik game ni, naik game tu. Orang pun tak ramai sangat. Aku rasa macam best dengan tak best jer dah Genting ni. Mungkin, sebab aku dah tua kot hahaha....dah tak enjoy nak main games ni semue ecece...Tapi sekali sekala layaannn ape salahnye kan....Kalau kanak-kanak tu mungkin la enjoy sangat....





Okey nak main outdoor games ni kena bayar RM46.00 seorang.....nak main apa pun main la kat outdoor tu....and you know what! Aku buat kerja gilerrrr, aku naik flying coaster yang macam spiderman tu......hahahah gilerrr aaahh.....aku nak ikut jugak Tahawi and Faizi (husband kawan aku) naik bende ni....Adah duk bawah tengok kami main dan jaga anak-anak hahahha. Ala takleh nak tepek gambar naik flying coaster tu sebab picture tu ada kat Adah. Okeyla aku sempat main pirates ship, naik jumbo bawak Hana, drive a classic car dan macam-macam lagi. Pukul 8pm baru kami turun balik.

Kesimpulannya.....enjoy.







Wednesday, May 11, 2011

Home Sweet Home

Actually, aku dah tak sabar sangat nak masuk rumah baru! Rumah yang lebih selesa untuk kami berteduh dan rumah yang lebih selesa untuk menerima tetamu selepas ni. Alhamdulillah rumah baru kami dah siap cuma tunggu CF sahaja. Rumah baru kami ni berdekatan dengan Setia Alam dan Sime Darby Bukit Raja. 


 Ni show house. Aku ambik gambar ni last year. Time ni blum siap lagi. Hana pun belum conceive lagi ekeke

Rumah aku nanti pun macam show house ni....rumah aku berkembar dengan corner lot. 


Aku dan tahawi memang duk cari rumah start last year. Kami jumpa rumah ni masa kami pergi One Utama dan Mah Sing (the developer) time tu tengah buat house units sell. Rumah ni pun dah tinggal 3 unit jer lagi. Rumah yang lain-lain ialah banglo dan jutaaaann saja. Orang macam aku ni sekadar mampu melihat pamphlet sahajalah rumah-rumah banglo tu hahaha....Setelah selesai sesi perbincangan dengan cik agent tu ternyata kami sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh cik agent itu tadi. 

Keesokan tu, aku dan tahawi pergi tengok show house rumah ni di Aman Perdana. Aku terus jatuh cinta. Aku memang suka habis lah dengan design rumah ni, keluasan dan tidak ketinggalan colour cat rumah ni....green apple gituu hahhaa. But, the most importants are masa kami decided nak beli rumah ni tentulah sebab rumah ni double story semi-D dan keluasannya 32x70, build up area yang 2200 lebih sq ft dengan price rumah yang sangat berpatutan. Mana nak cari lagi rumah yang macam ni dengan harga yang kami dapat ni di KL and area Selangor yang tengah duk membangun. Memang terbaekkk walaupun bakal kopak duit Tahawi tiap-tiap bulan hahahaha..........Takperla, rumah kan aset (cuba menyedapkan hati). Kalau boleh serta ada rezeki lebih, aku memang bercita-cita nak rumah semi-D sebab boleh anak-anak aku nanti main badminton kat tepi tu takpun senang nak buat BBQ dengan family, sedara mara or kawan-kawan aku hehehee.....

Alhamdulillah, rumah itu telah menjadi milik kami dan rumah ni dah pun siap masa aku pergi last month.

Mak aku orang yang paling teruja tengok rumah anak dia dah siap......hahaha





Wednesday, March 23, 2011

Hari Akikah Hana Adriana

On 13th march 2011, we had a kenduri aqiqah for hana....alhamdulillah the event was smooth sailing. Kami just buat kenduri aqiqah ni kecil-kecilan sahaja dan tetamu pun adalah daripada kalangan saudara-mara sendiri, neighbors, kawan-kawan mak dengan bapak aku.....kawan-kawan aku ada lah 2,3 orang yang aku jemput yang tau dah duk ada di perlis....hehehe mak aku juga telah menjemput kawan-kawan marhaban dia. 

Pukul 11.00 pagi tu dimulakan dengan salawat, marhaban dan acara potong jambul. Masa salawat dilaungkan tu aku rasa macam nak menangis ja...sebak dan terharu...tapi control la kan ececece malu lak nak berdrama depan orang ramai ni hehehe. Aku rasa time tu alhamdulillah, aku dah pun menjadi seorang mama dan dah ada anak! Macam tak percaye jer....berat tanggungjawab menjadi seorang ibu ni tapi insya-Allah akan aku pikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.....aku pun masih duk 'haru' lagi ni hahahha.....suami aku pesan, anak akan tengok contoh perangai mak ayah dulu....so suami aku suh aku kurangkan perangai merajuk aku tu cehhh....aku ni kuat merajuk ker....kuikuikui saya merajuk ada sebab la sayangg oii......ahaks!

Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung.....hana adriana ni sangat behave......good girl anak mama! mujuq hang tak buat 'perangai', kalau hang buat 'perangai', mama malu satgi kat orang hihihi

Hana dengan mama

Hana dengan mama lagi....

Hana dengan ayah la plak

Marhaban ya marhaban....

potong jambul hana 

hana first rasa garam, madu dan air zam zam

upacara belah mulut...

Hana dengan nenek and che niah, che qilah and che mawaddah...kalau di Kalantan, mak sedara akan dipanggil dengan 'che'....

Hana dengan tok ayah (my father in-law)...harap-harap hana akan rajin baca buku macam tok ayah! 

cerita tentang ayah mentuaku ni...aku sangat kagum dengan beliau yang memang rajin aah baca buku....Ayah mentua aku ni rajin sangat baca buku. Awat anak dia (husband ak lerr) tak jadi macam dia? hihihi. Setiap kali ada masa terluang ja mesti dia baca buku...walaupun dalam kereta tengah tunggu mak mentua aku pi turun kedai kejap! aku penah nampak ayah mentuaku ni kusyuk sangat baca buku....ingatkan buku cerita hehehe tapi buku statistik! Ayah mentua aku ni juga seorang professor dan pernah menulis beberapa buah buku statistik untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti. Tapi i bet u...he is very low profile indeed.

ni plak masa awal-awal laki aku nak set up buaian untuk hari aqiqah hana....

 Last-last moktok suami aku yang buat....owh moktok memang minat kerja-kerja hias macam ni....masa kenduri kahwin di kelantan dulu, moktok la yang hias bilik pengantin....cantik sangat!

Laki aku yang rajin sungguh menolong moktok dia....soheh! dah menurun moktok la ni hehehe

ni sepupu aku dok ambik gambaq hana dengan anak dia si zahra....ishh takder la budget sampai nak mengupah photographer hihihi

adik-adik aku dengan hana.....teruja depa jadi mak menakan and pak menakan kehkeh

my hana adriana....

Baju dalam gambaq kat atas ni credit kat adik aku, haziq.....pandai hang pilih baju untuk baby girl! owh baju gaun kembang satu lagi plak ditaja oleh adik perempuan aku, madihah...terima kasih naa kat ampa berdua huhuhu

Last sekali ada pun gambaq kami bertiga....

-END-

Alhamdulillah.....aku dah pun bergelar seorang mama....

This is my daughter was born on 12th February 2011. Her name is Hana Adriana binti Ahmad Tahawi.

Suami aku suka nama Hana and aku pulak prefer Adriana....ntahla daripada dulu lagi aku suka sangat nama adriana ni...kalau main game like The Sims ker sure aku nak letak nama adriana punyer hehehe.....Aku minat nama adriana sejak Amy Mastura yang penyanyi tu letak nama anak dia, adriana hahaha time tu aku masih budak sekolah lagi....kecik-kecik dah pikiaq nama anak gatai wakakaka......macam-macam kami pikiaq nama dia.....last-last kami letak nama Hana Adriana...tu pun husband aku phone dekat pejabat pendaftaran nak daftar sijil kelahiran, tanya our last decision for our baby's name....Hana Amirah ker Hana Adriana.....?Amirah sedap jugak tapi sepupu husband aku dah ada nama amirah and nama aku pun dah mahirah heheheh.......cam dekat-dekat nama aku lak anak aku ni....hihihi

Hana maksud dia rezeki tanpa kepayahan sebab tu suami aku berharap yang anak kami akan memperoleh rezeki yang baik daripada-Nya....insya-Allah....Ammin......kalau ikutkan aku, aku nak panggil adriana tapi adriana ni maksud nisbah....nisbah apa pun taktau la....harap-harap nisbah yang baik sudahla.... :)

Gambaq hana kat atas ni masa hana baru umur 2 hari.....waktu ni aku dah nak kena keluar wad tapi hana plak kena tahan wad sebab my water bag broke awal....aku sedih giler nak tinggal dia walaupun tau esok boleh mai lagi hospital....my next entry aku akan citer pengalaman aku bersalin plak.....

Wednesday, January 5, 2011

Cameron Highlands

Last weekend, we went to Cameron Highlands to spend our holiday. I went there with my family and my lovely aunt family. The temperature at Cameron was not too cold as earlier. But, we still have the sensation even though not too cold. I still can remember my very first time to Cameron Highlands with my primary school trip on 1994, i am in standard four actually, that time if we talked akan keluar asap-asap macam kat oversea hehehe but now dah tak macam dulu. Owh Nurul Syuhada Nurul Ain a TV3 broadcaster pun joined the trip because she is one of my classmate :)

me with my siblings....adik-adikku sayang chewaahhh :))
Add caption
my familia

Mama to be & Ayah to be insya-Allah :))





Friday, April 16, 2010

Shopping time

a few weeks ago, i had my best shopping time experience ever....awesome!...after awaiting my three months salary due to government procedure, finally i got my payment...fewww...what a relief…my hubby and i went to One Utama shopping mall coz we kind a thought it was a great idea to buy a stuffs there because of the various shopping outlets available. More outlets… more choices!!….We arrived at One Utama early because in same day, we also promise to our good friend to visit them at Malacca. As a Promod fan, i decided to buy some cloths for me....and hubs got his Levis...we also bought digital camera Canon Ixus 12015 for many snap pictures after this :)


I also bought  The Body Shop facial wash kit coz pimples yang sangat galak naik at my face till i feel so uncomfortable...what i can say about this product...it's good and so effective in just one week!


and not to forget too my make up compact powder Bobby Brown..hehe i want to try Bobby Brown after had an experienced with MAC...the price is quite reasonable...



Sunday, March 14, 2010

Copy & paste ;))

 Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

(credit to:blog merahjamboo)

Friday, February 5, 2010

Taraaa...my first entry

Bismillahhirahmanirrahim...

Finally, i have my own blog huhu ;) after a long long journey,  i reached my destination yeah..a big clap for me weheee Actually, my inspiration to write these stories into this blog comes when i read other blogs especially from the people i have known.Their stories are most interesting and wonderful and how they express all their personal  activities into blogs from books they read,  shopping with style, dine with lovely hubby and kid, to traveling ...it seems so cool aha

So, i think i should have my own blog too because we can make this blog as our diary and who knows one day our grand-grand child can read back these posts :)) and it is not just for our coming generation, but for ourselves too.  Furthermore,  i love to share with everyone about my activities, hobby, experience, notes and feelings as well and i want to keep my stories for my precious remembrance one day :)