Thursday, October 6, 2011

Rumah baru dah siap. Kunci rumah pun dah ambik. Sekarang fening pikir pasal plaster ceiling. Kalau boleh taknak hire professional contractor segala bagai ni sebab mesti cost tinggi....Nak buat biasa biasa aje. Cadang tingkat atas nak pasang lantai kayu. Lantai bawah nak ketuk semula pasang tile lebih besar or marble....tapi mr.T and bapak aku cakap....cantikkkk dahh......huhu depa taknak bagi aku tukaq ler tuww.....

Lately suka spent salary money untuk majalah deko ni....paling suka Glam Deko (actually baru terjebak selepas baca entry Rizalman post yang rumah dia kuar Glam Deko) dan Homes&Gardens .....suka ja tengok omputeh deko rumah dia....cantik, i loikee

Belum apa-apa lagi aku dah pi booking sofa baru kat Empire Classic Furniture di Shah Alam hehehe.....mr.T kata aku taste orang tua-tua :p .....cadang sofa tu untuk formal living room....haishh chandelier lagi baru nak pi cari kat Puchong...kat situ banyak kedai lampu...harap-harap dapat yang harga ok.

Weekend ni nak jumpa orang SCI cabinet industry....nak bincang hal kabinet dapuq huhu dapat recommended daripada kawan kat sekolah...rumah baru diorang buat kat SCI ni....ingat nak buat kitchen cabinet dan build in cardboard sekali.

Mr.T dah tak sabaq nak pindah rumah baru.....kalah aku....Hari tu sebelum dapat kunci rumah, aku ajak dia pi jalan-jalan cari ilham...dia kata sabaq....tunggu sampai dapat kunci rumah dulu...la ni terbalik plak boleh?

Suka dapur style classic, warna putih dan table top warna hitam. Macam gambar ni. 


dan suka juga build in oven dan microwave di kabinet dapur tapi tak la sampai 4 macam gambar di bawah ni :) 

Owh dah pi survey curtain kat Masterhome....Cantik kain Ottoman dia dan paling besttt tengah ada sale sekarang. Ingat nak buat style curtain kat dapur macam dalam gambar ni. Dah bertanya di Masterhome, The Strand Kota Damansara, diorang boleh buatkan... double I loikee hehee



Suka headboard untuk katil macam ni. 


Nak tepek gambar dalam rumah ada dalam phone plak. Seriously, memang dah tak sabar nak pindah rumah baru tapi tak nak rush. Buat satu per satu dulu. Banyak idea dalam kepala ni. Cadangan mr.T banyak gak aku reject...ciann dia....ni pun rumah dia gak hahaha....haip babap mahirah ni kang...Tapi banyak perkara kami dah bincang dan setuju bersama jugak. Kena buat budget betul-betul. Taknak over run. Bukan orang kaya pun...heeee

Okei berjumpa di lain entry.