Tuesday, September 4, 2012

Rezeki yang kedua

I'm so happy to announce that now i am 8 months++ preggy (33 weeks). 

Macam tak percaya kan? baru ja dapat our first baby bulan Febuari tahun lepas, Hana Adriana dan insyaAllah bulan Oktober ni akan dapat adik Hana plak. Actually, aku tak pernah pun declare or kecoh kat FB, Twitter or Instagram (boley?) hahaha.....sebab kehadirannya pun memang tak disangka tetapi apa-apa pun aku dan suami amat bersyukur atas kurniaan rezeki daripada Ilahi ini.

Aku sedar second baby ni pun masa dah 5 bulan.....betulll....sedar masa dah 5 bulan dia dalam kandungan. Suatu hari tu aku rasa kenapa perut aku ni macam buncit sket, tarik nafas macam tak kempis....terus aju dekat suami suruh dia tengok..bila dia tekan-tekan perut aku macam keras semacam jer terus dia cakap...ntah-ntah sayang mengandung lagi tak?ak replied....eh takkan la pulak kan......hurm period aku memang tak datang 5 bulan dah tapi aku ingat sebab aku menyusu Hana walaupun bukan fully.....setahun selepas kehadiran Hana pun period aku langsung takda sampai bulan 12 2011...tu pun 2 hari ja, tak heavy. Rupa-rupanya, bulan Januari ari tu...adik dah ada kat dalam tu.......

Part paling best bila pergi check kat doktor di SALAM (Shah Alam Medical Centre) bulan 6 ari tu, doktor said...okeh tahniah ya...awak dah halfway pregnant and bulan 10 ni EDD dia....(OH myyy.....terkesima jap aku dan suami). Alhamdulillah my baby sihat walaupun aku tak ambik folic asid, obimin dan susu sebagainya sepanjang 5 bulan tu....tapi now, lepas ja tahu terus ambik supplement untuk baby. Gender baby insyaAllah baby boy menurut kata doktor. Aku tak kesah kalau dapat baby boy or girl, yang penting anakku sihat alhamdulillah. Kalau dapat baby girl, boleh jadi bestfriend dengan Hana seperti mana aku amat rapat dengan adik perempuanku dan kalau dapat baby boy pun alhamdulillah...sepasang anak-anakku insyaAllah.

Semoga aku dan suami dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kami. Doaku, anak-anakku akan menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah dan berjaya dalam pelajaran serta kehidupan mereka.




Home Decor

Assalammualaikum WBT......

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Tetiba semangat untuk menulis telah kembali semula hehe.. sekarang ni minat saya sangatlah kepada hiasan rumah. Antara buku atau majalah yang menjadi pilihan saya dalam menghias rumah ni seperti Homes & Gardens, Glam deko dan Impiana.


 

   

 

Konsep pilihan saya dalam menghias rumah ni lebih kepada modern english interior design. Suami pula lebih suka memilih konsep urban tapi maaflah dia terpaksa mengikut pilihan saya dalam menghias rumah kami ni hehehe......and he's fine dengan pilihan saya :)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Alhamdulillah kita sudah pun berada di tahun baru. Rasanya dah lama tak menulis and hupdate blog ni. I'm busy like a bee chewahhh takder la busy sangat pun...busy pindah rumah dan setiap minggu dalam bulan disember ni ada ja aktiviti family.

We're now living at Aman Perdana and we have moved in a month ago. Kabinet dapur seperti yang didamkan, lampu-lampu, kipas, grill, plaster siling semua sudah siap dipasang. Masalah-masalah sepanjang nak siapkan projek rumah ni pun alhamdulillah berjaya diatasi. Pendek cerita win win situation la. 

Kalau ada masa nanti ceq letak la gambaq dapuq yang ceq duk mengkenan tu nanti hehehe.....just takdak peti ais idaman saja lagi haha. Blum beli. Tunggu budget lain. Hidup ini kena bersabar takleh nak zasss semua :)

Tetapi apa apa pun ku panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas apa yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga.

Perkara yang nak sangat aku lakukan perubahan dalam hidup ini ialah solat di awal waktu terutama waktu isyak. Selalu ja teman Hana then tertido lepas tu tengah malam baru nak bangun dalam kepayahan ish ish....berubahla wahai Husna Mahirah. Tidak bersyukurkah lagi apa yang telah Dia kurniakan kepada kehidupanmu?

Seperkara lagi, aku nak kerja rajin-rajin dan want to do my best sebagai seorang guru. Nak cantikkan lagi kelas aku, buat failing failing yang duk tertangguh tu dan bagi kerja sekolah banyak-banyak kepada anak-anak muridku hahaha. Seriously, aku sangat suka bidang pendidikan dan menjadi seorang guru. This is my cup of tea. Mungkin background aku pun daripada dunia perguruan. Bapa saya adalah inspirasi dan mentor saya. Saya mahu jadi seperti beliau.

Owh ya next year aku jadi cikgu disiplin di bawah unit HEM. Siapla wahai anak-anak murid hihihi....dan sekali lagi menjadi ketua rumah sukan tapi kali ni rumah kuning. Tahun lepas rumah biru. Melihat skop kerja pada mesyuarat guru baru-baru ini, saya juga dilantik untuk mengemudi sebagai timbalan projek majlis anugerah cemerlang sekolah 2012 nanti. It's ok mahirah, busy itu bagus!