Saturday, November 23, 2019

Umrah 2019

Sebelum menyambung entry Hong Kong lagi....


Ingin ku tulis dan nukilkan tentang pemergian ak dan sekeluarga ke bumi yang sangat barakah...ke rumah Allah...Baitullah....Kami sekeluarga akan mengerjakan ibadah umrah...Insya-Allah ak dan keluarga akan berlepas ke Jeddah dan terus masuk ke Madinah pada 3hb Disember 2019 nanti...

Bertahun-tahun aku berdoa siang dan malam kepada Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....akhirnya, semoga aku dan keluargaku diizinkan ke sana ya Allah....

Pemergian aku ke sana turut disertai kedua ibu bapaku yang tercinta....Kami akan pergi dengan pakej umrah Abu Rizki Travel & Tours... kebetulan bapaku salah seorang mutawwif yang dilantik oleh syarikat untuk menjaga para jemaah semasa di sana...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami semasa di sana dan yang baik-baik untuk kami...Perasaanku sungguh berdebar tetapi sangat berharap untuk sampai ke sana secepat yang mungkin.... InsyaAllah....














Talbiah


Image result for labaik allahuma labaik



Doa minum air zam-zam 


Image result for doa minum air zam zam



Panduan Umrah


Image result for panduan umrah


Wednesday, November 20, 2019

Day 2: Hong Kong 2019

*(27hb Oktober 2019/ Ahad)*

Itinerary hari ni:
    • Mongkok
    • Sneakers Street
    • Tsim Sha Sui
    • Stars of Avenue
    • Islamic Canteen 
    • Victoria Peak Tram
Kami memulakan perjalanan kami agak sedikit awal dan sebelum keluar, aku dan suami telah pun bersepakat untuk pembahagian tugas. Suamiku suka untuk mengambil alih bahagian pengurusan makanan seperti memasak nasi dan memanaskan lauk Adabi. Manakala, aku pula akan mengambil bahagian pengurusan baju...dari iron baju sampailah siapkan anak....

Sebelum keluar, kami breakfast terlebih dahulu di bilik hotel. Sarapan kami pada pagi itu nasi putih dan rendang ayam. Milo panas dan Nescafe sudah tentu tidak dilupakan. Cukup menyelerakan dan kenyang...Alhamdulillah...





Setelah selesai semuanya, kami mula bergerak untuk melawat tempat-tempat menarik yang menjadi attraction kepada para pelancong di Hong Kong. Kami memulakan perjalanan dari Tsuen Wan West MTR Station ke Mongkok...di situ ialah kawasan untuk penggemar kasut sneakers yang berjenama tetapi murah....Kami keluar agak awal namun kedai belum lagi dibuka...kedai di area Sneakers Street  akan dibuka bermula pada pukul 11.00 pagi....Pada pengamatan aku juga kelihatan pada pukul 11.00 pagi, ramai juga rakyat HK yang baru nak pegi kerja....






Semasa di Mongkok...kelihatan bangunan di Mongkok seperti sudah lama....mungkin pada era 80-an & 90-an, HK ketika itu sudah cukup moden berbanding dengan negara Asia yang lain...

Mongkok



Ini saja gambar jenama yang aku ambil....sesuai dengan jenama kasut untuk ak travel juga...hahaha

Sneakers street




Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Avenue of stars untuk bergambar dengan patung Bruce Lee...Patung Jackie Chan tak pula aku jumpa mungkin aku pun dah sedikit penat untuk mencari patung Jackie Chan sekitar harbour...

Bergambar dengan sign Tsim sha Tsui di MTR Station 😊



 Realiti travel hahaha susukan Hazim sebentar....cara macam ni pun boleh 😜






Avenue of stars 

Di Avenue of stars, terima kasih kepada foreigner omputeh yang sudi ambilkan gambar kami sekeluarga....Omputeh pun terkejut kami travel dengan 4 orang anak yang masih kecil hahahaha Alhamdulillah...anak-anak ok ja cuma pastikan siap sedia bekalan minuman dan makanan di dalam beg travel.







Tips:

Google Maps
Kami merancang perjalanan kami semuanya dengan menggunakan kemudahan Google Maps...Alhamdulillah sangat membantu....kami just follow ja dan mestilah kena juga alert dengan papan tanda di MTR Station....Contoh perlu exit D...ok follow...

Octopus Card
Bila travel dengan kids, sebagai ibu bapa kami risau kalau mereka tercicir kad perjalanan...jadi untuk elak sebarang perkara yang tidak diingini, suami yang menyimpan semua kad....tapi pastikan bergerak sama-sama menaiki train ya...jangan leader lompat dahulu tertinggal suami dan anak-anak kat belakang 😜

Inilah apps yang kami sering gunakan semasa travel di HK



Bersambung di entry yang seterusnya......





Pengalaman bercuti ke Hong Kong 2019

Hong Kong 2019 5 hari 4 Malam

Date Travel: 26hb/Oktober/2019 (Sabtu) - 30hb/Oktober/2019 (Rabu)

Airlines: 
  • AK 136 Air Asia departure from KLIA2 to Hong Kong International Airport (1.35pm - 5.45pm)
  • AK 135 Air Asia departure from Hong Kong International Airport to KLIA2 (1.15pm - 5.25pm)

Hotel: L'hotel Nina et Convention Centre, 8 Yeung Uk Road, Tsuen Wan, Hong Kong

Currency exchange semasa:  RM1 = 1.88HKD 


Pada 26hb Okt 2019, aku dan keluargaku telah pun menaiki pesawat dari KLIA2 ke Hong Kong International Airport. Kami bertolak dari rumah agak sedikit awal supaya kami mempunyai masa untuk urusan check in, drop luggage dan bersarapan di KLIA2.

Perasaan sungguh teruja kerana selepas beberapa tahun, inilah kali pertama aku dan suami dapat membawa anak-anak kami bercuti dan mengembara ke Hong Kong. Kenapa Hong Kong? aku memilih Hong Kong sebagai destinasi percutian kami kerana yang pertama sebab tiket flight return untuk kami sekeluarga iaitu 2 Adults, 3 Kids and 1 infant murah sekitar RM2400++ tidak termasuk dengan makan, luggage dan penempahan awal tempat duduk di dalam kapal terbang dan ingin turut membawa anak-anak merasai pengalaman ke Disneyland....hehehe nak pergi Paris Disneyland...mama dengan ayah kena saving bertahun lagi nih rasanya....

Aku membeli tiket promo dalam bulan Mac untuk penerbangan pada bulan Oktober.

Sebenarnya sepanjang tempoh untuk fly ke Hong Kong ada macam-macam perasaan....tak sabar, relax dan risau dengan keadaan HK yang dikatakan sedang berlaku protes kepada kerajaan mereka. Tetapi ak nekad dan berdoa serta menyerahkan sepenuhnya travel aku kepada Allah SWT. Kalau tak pergi...alamatnya burn la tiket flight dan booking hotel ak 😆 

Day 1

Kami check in di kaunter check in secara sendiri.....kalau ada bawa broadband dinasihatkan simpan di dalam luggage dan tidak dibenarkan untuk hand carry....mujur kami bertanya kepada polis bantuan di situ...selepas menyimpan dan menyelesaikan hal tersebut, baru la kami dapat check in dan print tagging untuk kesemuanya...kalau bawa stroller macam kami turut kena ada tagging juga ya....







Makan dulu di Marry Brown KLIA2 sebelum berlepas, perut pun kena happy jugak 😊
Dah dapat tagging untuk luggage setelah kami menyimpan broadband ke dalam luggage...broadband tak dibenarkan untuk handcarry

Teruja tak nak pi HK ni? hihi

Thara paling happy...asyik sebut nak pi tidur hotel Hong Kong....budak ni janji hotel! taktau pun HK tu kat mana hahahaha






Adik nak pergi Hong Kong ke?


Bismillahirahmanirahhim...bermulalah perjalanan kami untuk bercuti ke Hong Kong

Pada pukul 1.35pm (local time) pesawat kami pun berlepas ke HK Airport. Semasa dalam penerbangan, ak telah pun menempah siap-siap Nasi Lemak Pak Nasser....sedappp...banyak ikan bilis dan kacang....Alhamdulillah kenyang kami makan di atas udara hehehe....Penerbangan mengambil masa selama 4 jam...HK keadaan matahari akan cepat sejam lebih awal dari Malaysia maksudnya seperti kita di Sabah...pukul 5.00 petang di sana dah macam pukul 6.00 petang Malaysia.... 








Alhamdulillah lebih kurang pukul 5.45pm, kami telah pun selamat mendarat di HK International Airport. Semasa dalam pesawat juga, kami diberikan kad arrival dan suami telah pun menulis siap siap di dalam kapal terbang untuk urusan imigresen nanti. Keadaan dah hampir lewat petang semasa kami tiba di lapangan terbang HK. 

Sebaik keluar dari perut pesawat....kami menuju ke bahagian tuntutan bagasi dan imigresen...Papan tanda yang mempunyai bahasa Inggeris sedikit sebanyak membantu kami untuk membuat tindakan seterusnya semasa sampai di sana.



Kena naik train untuk ke bahagian tuntutan bagasi dan imigresen HK

Thaqif dah start 'exploring' cara dia...😅

Kita nak pergi mane ni? semua macam blur awal awal sampai kat negara orang hahahaha

Kaunter imigresen HK takda cop cuma perlukan kad arrival kita dan simpan kad-kad tersebut dengan sebaiknya untuk urusan semasa untuk pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Selepas urusan imigresen selasai, first, aku dan suami mencari Octopus kad terlebih dahulu untuk digunakan semasa kami menaiki MTR dan bas di HK. Untuk dewasa dan kanak-kanak deposit kad ialah sebanyak 50HKD. Kemudian, aku dan suami buat keputusan untuk menaiki teksi HK sebab keadaan dah malam dan memikirkan keselamatan anak-anak kami 4 orang ni, suamiku buat keputusan ambil teksi... teksi tak mahal sangat lebih kurang 170KHD untuk ke hotel kami yang terletak di Tsuen Wan.

Teksi HK yang macam dalam drama HK tu..kaler merah...hehe

Alhamdulillah dah sampai hotel

Naik lift super laju ke tingkat 68


Bilik level 68




Anak-anakku yang melompat sakan dapt tidur di hotel hahaha



Aku memilih hotel di Tsuen Wan bukan di bandar utama seperti Tsim Sha Tsui sebab harga hotel yang aku dapat ni jauh lebih murah dan biliknya lebih besar untuk family. Seperti yang kita tahu, hartanah di HK memang mahal ok...kalau RM500 semalam tu mungkin boleh dapat hotel bajet ja di sana....kalau di Malaysia dah habis besttt dah tu....Alhamdulillah hotel yang aku pilih ni banyak dapat review yang baik di Agoda.com dan ramai yang maklumkan bilik hotel ni besar dengan harga yang ditawarkan berpatutan. Aku menempah urusan hotel semuanya di Agoda.com. semasa check-in, hanya hulurkan kertas yang telah aku print siap-siap di Malaysia.

Bilik hotel ni sangattttlah cantik....ada semua kelengkapan untuk kami sepanjang 4 malam di Hong Kong. Paling best, ada meja makan yang sederhana besar untuk kami masak nasi dan panaskan lauk Adabi, bancuh milo panas dan nescafe.

Tips: Beli lauk segera jenama Adabi sangatlah sedapppppp.....rendang ayam, kurma daging, ayam masak merah....dan semestinya kami bawa rice cooker untuk masak bekalan kami di sini...beras pun ak bawak k hahahaha satu luggage khas untuk stok makanan...Perut kenyang baru happy nak travel InsyaAllah 😉

Malam tu kami sekeluarga tidur di bilik hotel L'Hotel Nina et Convention Centre yang sangat selesa di Level 68 berhadapan dengan view laut serta bangunan-bangunan konkrit HK...aircond tak buka tapi cukup sejukkkk....Alhamdulillah atas nikmat Allah berikan kepada kami...



Nantikan entry seterusnya yang akan bersambung kemudian.....