Wednesday, November 20, 2019

Pengalaman bercuti ke Hong Kong 2019

Hong Kong 2019 5 hari 4 Malam

Date Travel: 26hb/Oktober/2019 (Sabtu) - 30hb/Oktober/2019 (Rabu)

Airlines: 
  • AK 136 Air Asia departure from KLIA2 to Hong Kong International Airport (1.35pm - 5.45pm)
  • AK 135 Air Asia departure from Hong Kong International Airport to KLIA2 (1.15pm - 5.25pm)

Hotel: L'hotel Nina et Convention Centre, 8 Yeung Uk Road, Tsuen Wan, Hong Kong

Currency exchange semasa:  RM1 = 1.88HKD 


Pada 26hb Okt 2019, aku dan keluargaku telah pun menaiki pesawat dari KLIA2 ke Hong Kong International Airport. Kami bertolak dari rumah agak sedikit awal supaya kami mempunyai masa untuk urusan check in, drop luggage dan bersarapan di KLIA2.

Perasaan sungguh teruja kerana selepas beberapa tahun, inilah kali pertama aku dan suami dapat membawa anak-anak kami bercuti dan mengembara ke Hong Kong. Kenapa Hong Kong? aku memilih Hong Kong sebagai destinasi percutian kami kerana yang pertama sebab tiket flight return untuk kami sekeluarga iaitu 2 Adults, 3 Kids and 1 infant murah sekitar RM2400++ tidak termasuk dengan makan, luggage dan penempahan awal tempat duduk di dalam kapal terbang dan ingin turut membawa anak-anak merasai pengalaman ke Disneyland....hehehe nak pergi Paris Disneyland...mama dengan ayah kena saving bertahun lagi nih rasanya....

Aku membeli tiket promo dalam bulan Mac untuk penerbangan pada bulan Oktober.

Sebenarnya sepanjang tempoh untuk fly ke Hong Kong ada macam-macam perasaan....tak sabar, relax dan risau dengan keadaan HK yang dikatakan sedang berlaku protes kepada kerajaan mereka. Tetapi ak nekad dan berdoa serta menyerahkan sepenuhnya travel aku kepada Allah SWT. Kalau tak pergi...alamatnya burn la tiket flight dan booking hotel ak 😆 

Day 1

Kami check in di kaunter check in secara sendiri.....kalau ada bawa broadband dinasihatkan simpan di dalam luggage dan tidak dibenarkan untuk hand carry....mujur kami bertanya kepada polis bantuan di situ...selepas menyimpan dan menyelesaikan hal tersebut, baru la kami dapat check in dan print tagging untuk kesemuanya...kalau bawa stroller macam kami turut kena ada tagging juga ya....







Makan dulu di Marry Brown KLIA2 sebelum berlepas, perut pun kena happy jugak 😊
Dah dapat tagging untuk luggage setelah kami menyimpan broadband ke dalam luggage...broadband tak dibenarkan untuk handcarry

Teruja tak nak pi HK ni? hihi

Thara paling happy...asyik sebut nak pi tidur hotel Hong Kong....budak ni janji hotel! taktau pun HK tu kat mana hahahaha






Adik nak pergi Hong Kong ke?


Bismillahirahmanirahhim...bermulalah perjalanan kami untuk bercuti ke Hong Kong

Pada pukul 1.35pm (local time) pesawat kami pun berlepas ke HK Airport. Semasa dalam penerbangan, ak telah pun menempah siap-siap Nasi Lemak Pak Nasser....sedappp...banyak ikan bilis dan kacang....Alhamdulillah kenyang kami makan di atas udara hehehe....Penerbangan mengambil masa selama 4 jam...HK keadaan matahari akan cepat sejam lebih awal dari Malaysia maksudnya seperti kita di Sabah...pukul 5.00 petang di sana dah macam pukul 6.00 petang Malaysia.... 








Alhamdulillah lebih kurang pukul 5.45pm, kami telah pun selamat mendarat di HK International Airport. Semasa dalam pesawat juga, kami diberikan kad arrival dan suami telah pun menulis siap siap di dalam kapal terbang untuk urusan imigresen nanti. Keadaan dah hampir lewat petang semasa kami tiba di lapangan terbang HK. 

Sebaik keluar dari perut pesawat....kami menuju ke bahagian tuntutan bagasi dan imigresen...Papan tanda yang mempunyai bahasa Inggeris sedikit sebanyak membantu kami untuk membuat tindakan seterusnya semasa sampai di sana.



Kena naik train untuk ke bahagian tuntutan bagasi dan imigresen HK

Thaqif dah start 'exploring' cara dia...😅

Kita nak pergi mane ni? semua macam blur awal awal sampai kat negara orang hahahaha

Kaunter imigresen HK takda cop cuma perlukan kad arrival kita dan simpan kad-kad tersebut dengan sebaiknya untuk urusan semasa untuk pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Selepas urusan imigresen selasai, first, aku dan suami mencari Octopus kad terlebih dahulu untuk digunakan semasa kami menaiki MTR dan bas di HK. Untuk dewasa dan kanak-kanak deposit kad ialah sebanyak 50HKD. Kemudian, aku dan suami buat keputusan untuk menaiki teksi HK sebab keadaan dah malam dan memikirkan keselamatan anak-anak kami 4 orang ni, suamiku buat keputusan ambil teksi... teksi tak mahal sangat lebih kurang 170KHD untuk ke hotel kami yang terletak di Tsuen Wan.

Teksi HK yang macam dalam drama HK tu..kaler merah...hehe

Alhamdulillah dah sampai hotel

Naik lift super laju ke tingkat 68


Bilik level 68




Anak-anakku yang melompat sakan dapt tidur di hotel hahaha



Aku memilih hotel di Tsuen Wan bukan di bandar utama seperti Tsim Sha Tsui sebab harga hotel yang aku dapat ni jauh lebih murah dan biliknya lebih besar untuk family. Seperti yang kita tahu, hartanah di HK memang mahal ok...kalau RM500 semalam tu mungkin boleh dapat hotel bajet ja di sana....kalau di Malaysia dah habis besttt dah tu....Alhamdulillah hotel yang aku pilih ni banyak dapat review yang baik di Agoda.com dan ramai yang maklumkan bilik hotel ni besar dengan harga yang ditawarkan berpatutan. Aku menempah urusan hotel semuanya di Agoda.com. semasa check-in, hanya hulurkan kertas yang telah aku print siap-siap di Malaysia.

Bilik hotel ni sangattttlah cantik....ada semua kelengkapan untuk kami sepanjang 4 malam di Hong Kong. Paling best, ada meja makan yang sederhana besar untuk kami masak nasi dan panaskan lauk Adabi, bancuh milo panas dan nescafe.

Tips: Beli lauk segera jenama Adabi sangatlah sedapppppp.....rendang ayam, kurma daging, ayam masak merah....dan semestinya kami bawa rice cooker untuk masak bekalan kami di sini...beras pun ak bawak k hahahaha satu luggage khas untuk stok makanan...Perut kenyang baru happy nak travel InsyaAllah 😉

Malam tu kami sekeluarga tidur di bilik hotel L'Hotel Nina et Convention Centre yang sangat selesa di Level 68 berhadapan dengan view laut serta bangunan-bangunan konkrit HK...aircond tak buka tapi cukup sejukkkk....Alhamdulillah atas nikmat Allah berikan kepada kami...



Nantikan entry seterusnya yang akan bersambung kemudian.....









No comments: