Wednesday, May 11, 2011

Home Sweet Home

Actually, aku dah tak sabar sangat nak masuk rumah baru! Rumah yang lebih selesa untuk kami berteduh dan rumah yang lebih selesa untuk menerima tetamu selepas ni. Alhamdulillah rumah baru kami dah siap cuma tunggu CF sahaja. Rumah baru kami ni berdekatan dengan Setia Alam dan Sime Darby Bukit Raja. 


 Ni show house. Aku ambik gambar ni last year. Time ni blum siap lagi. Hana pun belum conceive lagi ekeke

Rumah aku nanti pun macam show house ni....rumah aku berkembar dengan corner lot. 


Aku dan tahawi memang duk cari rumah start last year. Kami jumpa rumah ni masa kami pergi One Utama dan Mah Sing (the developer) time tu tengah buat house units sell. Rumah ni pun dah tinggal 3 unit jer lagi. Rumah yang lain-lain ialah banglo dan jutaaaann saja. Orang macam aku ni sekadar mampu melihat pamphlet sahajalah rumah-rumah banglo tu hahaha....Setelah selesai sesi perbincangan dengan cik agent tu ternyata kami sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh cik agent itu tadi. 

Keesokan tu, aku dan tahawi pergi tengok show house rumah ni di Aman Perdana. Aku terus jatuh cinta. Aku memang suka habis lah dengan design rumah ni, keluasan dan tidak ketinggalan colour cat rumah ni....green apple gituu hahhaa. But, the most importants are masa kami decided nak beli rumah ni tentulah sebab rumah ni double story semi-D dan keluasannya 32x70, build up area yang 2200 lebih sq ft dengan price rumah yang sangat berpatutan. Mana nak cari lagi rumah yang macam ni dengan harga yang kami dapat ni di KL and area Selangor yang tengah duk membangun. Memang terbaekkk walaupun bakal kopak duit Tahawi tiap-tiap bulan hahahaha..........Takperla, rumah kan aset (cuba menyedapkan hati). Kalau boleh serta ada rezeki lebih, aku memang bercita-cita nak rumah semi-D sebab boleh anak-anak aku nanti main badminton kat tepi tu takpun senang nak buat BBQ dengan family, sedara mara or kawan-kawan aku hehehee.....

Alhamdulillah, rumah itu telah menjadi milik kami dan rumah ni dah pun siap masa aku pergi last month.

Mak aku orang yang paling teruja tengok rumah anak dia dah siap......hahaha





2 comments:

Lyn Harris said...

jgn lupa jemput house warming ye.. :)

husna mahirah said...

hahahah...okeh insya-Allah...harap-harap ada budget yang cukup :p