Thursday, November 3, 2011

Renovation 1: Plaster Ceiling

Salam.

Hari ini nak cerita tentang progress rumah baru terutama bab plaster ceiling ni. Haishhh...macam-macam hal lah dengan kontraktor ni. Gerammm jer rasa....

Okei kisahnya macam ni, setelah rundingan, perbincangan bla bla dilakukan, kedua-dua pihak pun berpuas hati dengan quotation dan beberapa hal lain. Tuan rumah pun memberi sepenuh kepercayaan kepada kontraktor terbabit untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah iaitu wiring + plaster ceiling + pemasangan lampu downlight. Itu cerita bab 3 minggu yang lepas.

Seminggu yang lalu aku pun pulanglah bercuti sekolah ke negeri Perlis dengan harapan selepas pulang semula dari cuti, kerja-kerja plaster siling pun insya-Allah siap. Itupun setelah diberi janji-janji manis oleh kontraktor. 

Sepanjang kat Perlis tu, i was always keep calling mr.T nak tahu macam mana progress rumah. Alhamdulillah, weekend dia pergi semuanya berjalan dengan lancar. Kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dilakukan dan mr.T pun ada MMS the pictures. Okei itu cerita bab minggu tu. Nak tengok gambar tak? Jap nak tepek kat bawah ni.....

Plaster ceiling sedang dipasang kat hall rumah

Ni plak kat entrance

Sebaik saja aku pulang bercuti di kampung halaman, tak sabar uolls nak pergi jenguk rumah. Teruja okeis....then DANGG....ada masalah bukan masalah teknikal lagi dah....

Ok kontraktor bagitau kepada kami yang plaster siling dah siap.



Macam ni dia cakap siap?

Mana lampu downlightku??? Takkan macam ni jer kot dah siap....plaster ceiling ni tak cat semula bagi cantik ker? duk nampak lagi ja bekas garis guna pensil tuuu......

LED lampuku pun takdak.....

Rupanya ada extra or hidden chargeeeeee ok!

Silapnya kami, payment dah bagi 95%....anak kontraktor tu cakap plaster siling ni dah siap. Kalau nak cat semula dan pasang lampu downlight, charge lain akan dikenakan.....

Mak aihh.....dah bayar mahal-mahal......ko sengaja nak 'ketuk' lagi erk....

Hari tu cakap lain, hari ni cakap lain. Semua sekali termasuk dengan pemasangan lampu bla bla dengan sebut harga tersebut. Mulut manisss jer erk nak duit aku huh! Pandai ko apek nak 'ketuk' gua....ko tinggal camtu, ko suruh kitaorang tambah lagi duit....ini sudah kasi gua naik hanginnnnnn satu badan......

Tak tunggu lama, time-time tu jugak mr.T call and cakap baik-baik dengan uncle tu. Tanya  semula aper citer nih!

Aku rasa mau kalau cakap dengan aku dah memang boleh gaduh kottt......gerammmm jer.....

Then, ye....uncle tu cakap kalau mau dia cat itu plaster ceiling aaaa mau kena tambah lagi luit.....pergghhhhh.......kepale lutut ko!

Tak perlu la ku sebut berapa quotation tu tapi memang fusfusfus la kami bayar....

Sebelum-sebelum ni ada jugak kontraktor lain datang and bagi lagi murah tapi sebab kami percaya uncle tu dan percaya kerja dia, tu yang setuju. Haihh silap kami jugak kot tak tanya betul-betul. Aku set mind, surela plaster siling tu termasuk dengan bercat sekali....idok la penoh aku dengar orang buat plaster siling tak bercat!

Eh eh ada hidden-hidden charge pulakkkk die.......

Stressssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Aku dah malas dah nak cakap dengan uncle tu kang jadik cerita lain.....aku ni kalau dah rasa kena tipu memang tak bleh nak buat plastik lagi. Balik daripada rumah baru tu, kami terus pergi ke kedai plaster siling. And surpriseeee......kami boleh dapat harga lebih rendah and of course plaster ceiling tu mestilah bercat sekali.

2-3 hari ni mr.T la yang banyak deal balik...bincang elok-elok...tanya uncle tu kenapa tak bagitau awal-awal dengan kami sebelum ni yang itu harga untuk plaster siling bukan plaster siling bersama cat....hari tu buat quotation macam mana....hurmmmm..........

Aku cakap kat mr.T kalau kontraktor tu tak nak buat semua tu, kita tahan payment dia lagi 5%....kena main kasar balik ni!

Hari ini, Alhamdulillah...mr.T call aku bagitau, uncle tu dah setuju untuk cat plaster siling.....bab lampu aku taktau lak camner citer....takperla sekurang-kurangnya doa aku telah didengari oleh-Nya.

P/S: Nasihat saya kepada pemilik-pemilik atau tuan-tuan rumah baru ni kalau boleh sebelum nak hire orang buat plaster siling ni lebih baik pergi ke kedai-kedai plaster siling and deal dengan beberapa kedai plaster ceiling ni daripada ambil kontraktor yang dok lalu-lalang depan umah baru kita, dok promote itu ini....Nasihat ni pun aku dapat daripada tuan kedai plaster sendiri sebab kalau kedai, diorang takleh lari mana...kalau kontraktor...buat lari duit and tutup phone...tak ke naya.....Mungkin bukan semua kontraktor begitu tapi sebagai langkah berjaga-jaga, apa salahnya kan.

Thursday, October 6, 2011

Rumah baru dah siap. Kunci rumah pun dah ambik. Sekarang fening pikir pasal plaster ceiling. Kalau boleh taknak hire professional contractor segala bagai ni sebab mesti cost tinggi....Nak buat biasa biasa aje. Cadang tingkat atas nak pasang lantai kayu. Lantai bawah nak ketuk semula pasang tile lebih besar or marble....tapi mr.T and bapak aku cakap....cantikkkk dahh......huhu depa taknak bagi aku tukaq ler tuww.....

Lately suka spent salary money untuk majalah deko ni....paling suka Glam Deko (actually baru terjebak selepas baca entry Rizalman post yang rumah dia kuar Glam Deko) dan Homes&Gardens .....suka ja tengok omputeh deko rumah dia....cantik, i loikee

Belum apa-apa lagi aku dah pi booking sofa baru kat Empire Classic Furniture di Shah Alam hehehe.....mr.T kata aku taste orang tua-tua :p .....cadang sofa tu untuk formal living room....haishh chandelier lagi baru nak pi cari kat Puchong...kat situ banyak kedai lampu...harap-harap dapat yang harga ok.

Weekend ni nak jumpa orang SCI cabinet industry....nak bincang hal kabinet dapuq huhu dapat recommended daripada kawan kat sekolah...rumah baru diorang buat kat SCI ni....ingat nak buat kitchen cabinet dan build in cardboard sekali.

Mr.T dah tak sabaq nak pindah rumah baru.....kalah aku....Hari tu sebelum dapat kunci rumah, aku ajak dia pi jalan-jalan cari ilham...dia kata sabaq....tunggu sampai dapat kunci rumah dulu...la ni terbalik plak boleh?

Suka dapur style classic, warna putih dan table top warna hitam. Macam gambar ni. 


dan suka juga build in oven dan microwave di kabinet dapur tapi tak la sampai 4 macam gambar di bawah ni :) 

Owh dah pi survey curtain kat Masterhome....Cantik kain Ottoman dia dan paling besttt tengah ada sale sekarang. Ingat nak buat style curtain kat dapur macam dalam gambar ni. Dah bertanya di Masterhome, The Strand Kota Damansara, diorang boleh buatkan... double I loikee hehee



Suka headboard untuk katil macam ni. 


Nak tepek gambar dalam rumah ada dalam phone plak. Seriously, memang dah tak sabar nak pindah rumah baru tapi tak nak rush. Buat satu per satu dulu. Banyak idea dalam kepala ni. Cadangan mr.T banyak gak aku reject...ciann dia....ni pun rumah dia gak hahaha....haip babap mahirah ni kang...Tapi banyak perkara kami dah bincang dan setuju bersama jugak. Kena buat budget betul-betul. Taknak over run. Bukan orang kaya pun...heeee

Okei berjumpa di lain entry. 

Thursday, July 28, 2011

Durian road trip

Last week, Huawei (my hubs workplace) buat trip pergi makan durian dan ikan patin kat Raub, Pahang. So, en.T ajak aku join pergi makan durian dan ikan patin. Aku ni memang seorang yang suka makan durian. Ikan patin? Err...Aku pernah try sekali kawan aku masak tempoyak ikan patin. Sedapp tapi orang kuala macam aku ni mestilah lebih suka ikan di laut hehe



Pukul 11 pagi semua diminta berkumpul di Petronas sebelum tol Bentong. Awal-awal lagi aku dah sibuk tanya en.T siapa yang akan join this trip...he told that kawan-kawan ofis dia, amoi-amoi Huawei eh silap secretary-secretary project, his boss kepada his boss kepada his boss pun akan join....(brapa banyak kali bosss daaa).....mak oii segannye aku kot-kot nak kena berskema bagai. Ahhh...lantak...aku nak pergi nak makan doyan! 

Bila semua dah berkumpul so konvoi la secara beramai-ramai. Tempat pertama yang dituju ialah pergi makan ikan patin. Banyak betul boss-boss ni order. Ada la 6-7 jenis lauk. Aku paling suka makan udang masak ape ntah...memang sedap....tak sempat aku nak ngap lebey, kawan-kawan En.T pi ngap dulu hahaha....ikan patin tu pun tinggal tulang badan jer.....Overall memang sedap la makan kat kedai tu. Aku tengok siap ada gambar Sultan Pahang pun makan kat situ.....

PM and PE projects

dah mengamuk nak tidur dalam restoran tadi




Selesai sahaja menjamu selera...kami pun meneruskan agenda utama. Makan durian Musang King kau.....aku pun taktau la rasa camne durian tu tapi rupa durian tu aku tau la.....mesti same rupa macam doyan-doyan lain. Sumpah tak lawak.

Ingatkan nak masuk kebun getah mana....



Rupanya selepas kebun getah tu memang ada dusun yang cantik dan bersih

Bersih kan?

Hampir 30 kilo gak durian musang king kami makan. Sangat besttttt! Rasa durian musang king ni memang betul-betul KING la....



Project team TM-Huawei
eh yang kecik si baju kuning tu pun staff Huawei gak ker?hahaha

Hana with uncle Izam
Sepatutnya aku ambil gambar si Willson ni dengan durian ekekee
So, selepas tu kami semua pun pulang dengan hati yang gembira.

Hana buat ape tu?



                                                               Thanks Huawei Malaysia  ^_^





Friday, June 10, 2011

Impian Si Mama.....

Setiap kali entry yang aku tulis mesti nak cerita pasal anak kan hahaha 

Owh biasalakan the baby is meant a lots to a mother. Hana sekarang kalau menangis dah pandai buat suara rockkkk babeh time nak susu.......memang power habis pitching dia....geram ja aku....tapi Alhamdulillah Hana cuma nangis bila nak susu dan kadang-kadang nak suruh aku dukung dia...manja betul anak mama ni. 

Hana Adriana, mama bukan nak awak jadi artis laaa...no no no...mama tak suka anak mama jadi artis.....mama doakan Hana jadi anak yang solehah, mendengar kata kedua ibu bapa dan jadi seorang doktor.  Doktor? Okeh aku terlalu strict dan ambitious sangat ke? Aku rasa aku ni memang seorang ibu yang mempraktiskan style "tiger-mother" way la. But, hey...she's my kid! Mesti aku nak yang terbaik untuk dia...aku percaya semua para ibu mesti nak yang terbaik untuk anak-anaknya kan.....

But if, Hana ada minat dia yang tersendiri aku still akan support...ya lah mana boleh paksa-paksa...mana tau dia minat dunia pendidikan macam aku, tok ayah dan wannya ka atau dia minat bidang kejuruteraan macam ayah dia....apa-apa pun aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan anakku. Doa ibu kan sangat mustajab. Insya-Allah.

Err...hana...suara jangan rock sangat bley?

Friday, May 20, 2011

2 days and 1 night at Genting Highlands

Last Saturday, my good friend and I went on holiday in Genting Highlands. After some planning done, we agreed to choose to go to Genting Highlands. Kalau ikut perancangan awal, kami plan nak pergi Pulau Tioman tapi sebab masa yang dah terhad so pergi Genting Highlands jer. Kawan baik aku ni works as an engineer kat TNB so dia booked 2 apartments kat Genting View Resort ni, dapat la staff price kan. Save duit aku same ha ha ha.....

Ni on de way pergi Genting View Resort. first time jugak aku pergi Genting dengan kereta :)

Ok dah hampir 5 tahun aku tak pergi Genting ni selepas pergi dengan kawan-kawan sewaktu zaman muda belia di uni dulu. From KL to Genting ni just take one hour only dan kami sampai sana pun dah hampir pukul 5.30pm. Mujur kawan baik aku tu tak ngamuk sebab aku dah lambat hahaha....yer la....sebelum nak pergi bercuti, kena la pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Barulah dapat bercuti dengan hati yang tenang. Nanti nak balik dari genting dah la hari Ahad, sure tak sempat aku nak ngemas rumah punyer. Okey itu bukan bermakna aku seorang surirumah yang rajin kemas rumah -__________- 

Selepas solat asar, kami naik ke Genting dengan sebuah kereta. Naik dengan kereta Adah sebab kereta dia lebih mahal daripada kereta aku bermaksud enjin lebih power nak naik dan pusing-pusing bukit itu sume hahahah...okey tak lawak. Aku tau aku memang failed bab kereta! Malam tu kami main indoor game jer. Sebab aku terlampau tamak nak main sampai dua games, aku bayar RM32.00. Satu game RM8.00 for 1 pax. Kekdahnyer, aku main satu indoor game jer sebab aku terlupe, aku bercuti bersama baby...hehee.....Adah jugak yang bijak (my friend), dia beli satu game jer sebab dia tak jakun eh tamak macam aku :P

Ayah's darling


The Apartment. Nice and very clean.

We're spend just one night at this apartment. Tapi, malam tu aku terdengar bunyi yang tidak berapa enak. Aku tanya suami aku bunyi apa....dia cakap, mungkin orang atas alih-alih perabot kot. Haa?? pukul 2.00 - 3.00 pagi duk tolak-tolak ape sampai bunyi bising......Positive thinking mahirah! Tapi tetap errr......Okey, aku baca ayat kursi banyak-banyak dan letak Hana tidur antara kami. Then....zzzz......tapi aku still penakut takut.....

Keesokkan hari kami naik ke Genting sekali lagi sebab nak main outdoor games plak. Kali ni kami naik dengan cable car. kami park kereta kat Hotel Seri Malaysia dan dari situ dah boleh naik cable car ni dan kat situla centre nye jugak. Tiket pergi balik RM10.00 untuk seorang. Selepas agenda beli tiket pun selesai, agenda nak beratur naik cable car pulak. Ya Allah, ramainyeee orang. Tapi rata-rata ialah pelancong asing...Pak Arab paling ramai...Tahun Melawat Malaysia kot ekekeke . Almost one hour jugak la aku duk beratur tunggu giliran tu....Okey habis bab cerita naik cable car.

Sampai-sampai jer terus pergi makan sebab aku dah lapar sangat so pergi makan kat Burger King. Tengah duk makan tu, hujan la plak. Jawabnye takleh la nak main lagi sebab outdoor games ni akan direhatkan kejap. Pukul 3.00 pm macam tu yeiii dah boleh main. Alhamdulillah cuaca pun ok dan tak hujan lagi. So, aktiviti seterusnya ambik gambar, jalan-jalan, jalan lagi, naik game ni, naik game tu. Orang pun tak ramai sangat. Aku rasa macam best dengan tak best jer dah Genting ni. Mungkin, sebab aku dah tua kot hahaha....dah tak enjoy nak main games ni semue ecece...Tapi sekali sekala layaannn ape salahnye kan....Kalau kanak-kanak tu mungkin la enjoy sangat....





Okey nak main outdoor games ni kena bayar RM46.00 seorang.....nak main apa pun main la kat outdoor tu....and you know what! Aku buat kerja gilerrrr, aku naik flying coaster yang macam spiderman tu......hahahah gilerrr aaahh.....aku nak ikut jugak Tahawi and Faizi (husband kawan aku) naik bende ni....Adah duk bawah tengok kami main dan jaga anak-anak hahahha. Ala takleh nak tepek gambar naik flying coaster tu sebab picture tu ada kat Adah. Okeyla aku sempat main pirates ship, naik jumbo bawak Hana, drive a classic car dan macam-macam lagi. Pukul 8pm baru kami turun balik.

Kesimpulannya.....enjoy.







Wednesday, May 11, 2011

Home Sweet Home

Actually, aku dah tak sabar sangat nak masuk rumah baru! Rumah yang lebih selesa untuk kami berteduh dan rumah yang lebih selesa untuk menerima tetamu selepas ni. Alhamdulillah rumah baru kami dah siap cuma tunggu CF sahaja. Rumah baru kami ni berdekatan dengan Setia Alam dan Sime Darby Bukit Raja. 


 Ni show house. Aku ambik gambar ni last year. Time ni blum siap lagi. Hana pun belum conceive lagi ekeke

Rumah aku nanti pun macam show house ni....rumah aku berkembar dengan corner lot. 


Aku dan tahawi memang duk cari rumah start last year. Kami jumpa rumah ni masa kami pergi One Utama dan Mah Sing (the developer) time tu tengah buat house units sell. Rumah ni pun dah tinggal 3 unit jer lagi. Rumah yang lain-lain ialah banglo dan jutaaaann saja. Orang macam aku ni sekadar mampu melihat pamphlet sahajalah rumah-rumah banglo tu hahaha....Setelah selesai sesi perbincangan dengan cik agent tu ternyata kami sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh cik agent itu tadi. 

Keesokan tu, aku dan tahawi pergi tengok show house rumah ni di Aman Perdana. Aku terus jatuh cinta. Aku memang suka habis lah dengan design rumah ni, keluasan dan tidak ketinggalan colour cat rumah ni....green apple gituu hahhaa. But, the most importants are masa kami decided nak beli rumah ni tentulah sebab rumah ni double story semi-D dan keluasannya 32x70, build up area yang 2200 lebih sq ft dengan price rumah yang sangat berpatutan. Mana nak cari lagi rumah yang macam ni dengan harga yang kami dapat ni di KL and area Selangor yang tengah duk membangun. Memang terbaekkk walaupun bakal kopak duit Tahawi tiap-tiap bulan hahahaha..........Takperla, rumah kan aset (cuba menyedapkan hati). Kalau boleh serta ada rezeki lebih, aku memang bercita-cita nak rumah semi-D sebab boleh anak-anak aku nanti main badminton kat tepi tu takpun senang nak buat BBQ dengan family, sedara mara or kawan-kawan aku hehehee.....

Alhamdulillah, rumah itu telah menjadi milik kami dan rumah ni dah pun siap masa aku pergi last month.

Mak aku orang yang paling teruja tengok rumah anak dia dah siap......hahaha





Wednesday, March 23, 2011

Hari Akikah Hana Adriana

On 13th march 2011, we had a kenduri aqiqah for hana....alhamdulillah the event was smooth sailing. Kami just buat kenduri aqiqah ni kecil-kecilan sahaja dan tetamu pun adalah daripada kalangan saudara-mara sendiri, neighbors, kawan-kawan mak dengan bapak aku.....kawan-kawan aku ada lah 2,3 orang yang aku jemput yang tau dah duk ada di perlis....hehehe mak aku juga telah menjemput kawan-kawan marhaban dia. 

Pukul 11.00 pagi tu dimulakan dengan salawat, marhaban dan acara potong jambul. Masa salawat dilaungkan tu aku rasa macam nak menangis ja...sebak dan terharu...tapi control la kan ececece malu lak nak berdrama depan orang ramai ni hehehe. Aku rasa time tu alhamdulillah, aku dah pun menjadi seorang mama dan dah ada anak! Macam tak percaye jer....berat tanggungjawab menjadi seorang ibu ni tapi insya-Allah akan aku pikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.....aku pun masih duk 'haru' lagi ni hahahha.....suami aku pesan, anak akan tengok contoh perangai mak ayah dulu....so suami aku suh aku kurangkan perangai merajuk aku tu cehhh....aku ni kuat merajuk ker....kuikuikui saya merajuk ada sebab la sayangg oii......ahaks!

Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung.....hana adriana ni sangat behave......good girl anak mama! mujuq hang tak buat 'perangai', kalau hang buat 'perangai', mama malu satgi kat orang hihihi

Hana dengan mama

Hana dengan mama lagi....

Hana dengan ayah la plak

Marhaban ya marhaban....

potong jambul hana 

hana first rasa garam, madu dan air zam zam

upacara belah mulut...

Hana dengan nenek and che niah, che qilah and che mawaddah...kalau di Kalantan, mak sedara akan dipanggil dengan 'che'....

Hana dengan tok ayah (my father in-law)...harap-harap hana akan rajin baca buku macam tok ayah! 

cerita tentang ayah mentuaku ni...aku sangat kagum dengan beliau yang memang rajin aah baca buku....Ayah mentua aku ni rajin sangat baca buku. Awat anak dia (husband ak lerr) tak jadi macam dia? hihihi. Setiap kali ada masa terluang ja mesti dia baca buku...walaupun dalam kereta tengah tunggu mak mentua aku pi turun kedai kejap! aku penah nampak ayah mentuaku ni kusyuk sangat baca buku....ingatkan buku cerita hehehe tapi buku statistik! Ayah mentua aku ni juga seorang professor dan pernah menulis beberapa buah buku statistik untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti. Tapi i bet u...he is very low profile indeed.

ni plak masa awal-awal laki aku nak set up buaian untuk hari aqiqah hana....

 Last-last moktok suami aku yang buat....owh moktok memang minat kerja-kerja hias macam ni....masa kenduri kahwin di kelantan dulu, moktok la yang hias bilik pengantin....cantik sangat!

Laki aku yang rajin sungguh menolong moktok dia....soheh! dah menurun moktok la ni hehehe

ni sepupu aku dok ambik gambaq hana dengan anak dia si zahra....ishh takder la budget sampai nak mengupah photographer hihihi

adik-adik aku dengan hana.....teruja depa jadi mak menakan and pak menakan kehkeh

my hana adriana....

Baju dalam gambaq kat atas ni credit kat adik aku, haziq.....pandai hang pilih baju untuk baby girl! owh baju gaun kembang satu lagi plak ditaja oleh adik perempuan aku, madihah...terima kasih naa kat ampa berdua huhuhu

Last sekali ada pun gambaq kami bertiga....

-END-